Isnin, 30 Januari 2012

12 amalan harian pelajar cemerlang

TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:
1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah’ dengannya.
Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.
2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti.
Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.
Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.
3. Bertekad dan sabar
Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.
4. Pengurusan masa
Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.
5. Istiqamah dengan jadual harian
Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.
6. Tidak mudah kecewa.
Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.
7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain.
Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
8. Berdoa.
Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.
9. Mementingkan kesenangan jangka panjang.
Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.
10. Memikirkan pengorbanan keluarga.
Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.
11. Mencari rakan berdisiplin.
Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.
12. Sedikit tetapi berterusan.
Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.

CIRI PELAJAR CEMERLANG PART I

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.


"BELAJAR ELOK-ELOK ASAZ MOGA SEMUA YANG DIATAS ADA DALAM DIRIKU ,,,,INGAT ALLAH,INGAT JASA IBU BAPA,INGAT JASA GURU-GURU INSYALLAH KEJAYAAN ITU MILIKKU "

Jumaat, 20 Januari 2012

cerita sama

Assalamulaikum ....
bosan nya kami kalau cerita lama asyik diupdate sebagai cerita baru
ye kadang-kadang hidup ini juga perlu pandang ke belakang tapi itu hanya sesekali sahaja tak perlu selangkah berjalan 2 3 kali toleh ke belakang ...

perlu ke paper tayang semua yang sama setiap hari
perlu ke akhbar hiburan tayang wajah seksi artis setiap hari
perlu ke berita asyik tayang pergaduhan tiap hari

kadang-kadang aku terfikir sudah tiada modal kah kita ni hari-hari cerita yang sama

ok kalau awak main saidina pown awak kena update pemikiran awak supaya banyak melabur dan banyakkan aset dalam permainan agar kita jadi pemenang

ingat x masa kecik dulu fikiran kita the most of the creative
always update new game to tell all we have a fun game to sharing with friend

ok  now sesekali kita toleh ke belakang mungkin kita akan dapat semula daya pemikiran kita yang kreatif tu

ok stop bertikam lidah ...fikirkan lah berapa banyak pahala dan dosa yang kita dapat

"kalau kita cari akhirat kita dapat dunia dan akhirat "
"kalau kita cari dunia kita hanya dapat dunia sahaja "

bukakan hati kita untuk sentiasa menerima hidayah allah ....


Isnin, 16 Januari 2012

G.L.O.B.A.L W.A.R.M.I.N.G

Assalamulaikum
global warming is a serious topic  all the world are talking about the !!!


Pemanasan global merupakan tajuk yang serius dan semua penduduk bumi sedang berkata tentang ny 
Pencairan ais di antartika menyebabkan petambahan air di laut ,,,dan ini juga menyebabkan berlakunya tragedi seperti banjir ,,,


APA SEBAB BERLAKU PEMANASAN GLOBAL ???
 pertama pemanasan global berlaku akibat daripada sikap tidak prihatin warga bumi itu sendiri 
kedua ,penembangan hutan -hutan secara tidak betul menyebabkan air hujan tiada tempat tadahan dan suhu bumi meningkatkan kerana tiada lagi tempat penghalang cahaya matahari 
ketiga ,asap-asap yang dikeluarkan daripada kilang-kilang menyebabkan berlakunya jerebu yang teruk ini juga menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon ...ultra unggu akan memasuki bumi secara tidak terkawal kerana tiadanya lapisan ozon ini akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit


Pulihkan rumah kita ,rumah yang telah didiami oleh kita sejak dahulu lagi ....


semasa saya merentas desa tadi saya dapat merasakan bahaya betapa penting hutan kepada kita 
saya berlari dengan tenang dan sejuk kerana ada nya pokok-pokok yang tumbuh dan menyejukkan keadaan pesekitaran 
selain itu,saya juga dapat mengelak diri daripada bahang matahari 


Jaga lah bumi  ini kerana ia adalah anugerah daripada Allah s,w,t yang tidak terhingga nilai nya 
mungkin 20 tahun yang dulu bumi ini sejuk dan 20 tahun kita berharap agar bumi ini akan sentiasa sejuk dan tiada pemanasan global 




HARAPAN INI KU TUJU KHAS BUAT SEMUA ::