Jumaat, 2 November 2012

Veselline cocoa glow

Lama tak tulis entry baru now nak aktifkan semula blog ni
Tahun depan I am 17 years old
Meatured or still young
And I am SPM candidates

Ok stop about me
I just want to tell you all about my new body lotion
Veselline cocoa glow
I jalan 2 guardian just for Nk beli healthy care product yg dah habis tetiba masa nak bayar ternampaklah Benda alah Ni
I buka then bau so coco sangat
I Cuba Pakai in the car and tell to my sister I baru makan chocolate and they trust me and mula merajuk
Then I tunjuk kat diorg about the lotion diorg Suka the smells sedap rasa nak makan je
Now I am chocolate
Hahahahaha semerbak choco nya
Nak makan???
Jangan bukan Mknn just lotion


Ok sampai disini Sahaja r entry Ni see you again

Khamis, 19 Julai 2012

Bisakah aku mewacana perjalanan hidupku

Setiap Hari ku terfikir dan terus berfikir apakah halatuju ku Hidupku Ada prinsipkah apakah aku Ada matlamat dalam mewacana arus kehidupanku Apakah aku Perlu mencari identiti diriku lagi?? Ku masih mencari diriku dalam Samar kegelapan bisakah aku mencari nur di tengah-tengah kegelapan malam ini Ku tersenyum ?? Mampukah aku melakukan ini Aku hanya Mampu tersinis di peruk kegelapan Bagi menghilangkan kecelaruan hati ini Apakah aku harus pergi Dari mereka yang Selama ini ku anggap peneman tetapi mereka hanyalah pengacau Adakah Perlu??? Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan untuk menempuhi segala Ranjau ini Ya Allah berikanlah aku nur mu Sekian sahaja Hal ini ....

Isnin, 5 Mac 2012

Filem versi baru!!!!

Banyak filem - filem era 90 an telah menjadi bos office ....
Antara filemnya ....
-AZURA
X tahu ???? Alah yg JAMAL abdillah ngn Ogy Ahmad DAUD 2
- Gila-gila remaja
Yg NEy lak FAIZAL hussein berlakon

Aku dah tgk 2 filem memang terbaik r

Ok what You think about AZURA 2012
Aku x tgk lg so aq tak tahu lah cmne citer dye ....
Ak berdesir Jg dgr filem NEy x best......
Urmmmmmm meh pakar tgk dulu baru tahu best z NEy hahhahahahhaha

Aku dah tgk ombak rindu ( lapok ko asaz)
Boleh r...bintang aku bg 3 hahhahahahhaha
Org semua bg 5 last2 pakar bg 3 je kuang....

Ok sekarang adnan sempit lak

Nanti pakar update
Pakar nak exam xdan semua 2 lg kih...kih....

Isnin, 30 Januari 2012

12 amalan harian pelajar cemerlang

TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:
1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah’ dengannya.
Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.
2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti.
Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.
Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.
3. Bertekad dan sabar
Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.
4. Pengurusan masa
Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.
5. Istiqamah dengan jadual harian
Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.
6. Tidak mudah kecewa.
Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.
7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain.
Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
8. Berdoa.
Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.
9. Mementingkan kesenangan jangka panjang.
Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.
10. Memikirkan pengorbanan keluarga.
Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.
11. Mencari rakan berdisiplin.
Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.
12. Sedikit tetapi berterusan.
Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.