Sabtu, 11 Jun 2011

Nilai sentimental seorang bapa

Assalamulaikum ,syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana masih memberi kesempatan untuk hambanya ini berjihad di jalannya .selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.A.W.


semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok bertambah baik


Ayah.....
ku titip doa buatmu 
ketua yang telah menakhoda kapal keluarga kita
kau sangat sempurna di hati anakmu ini


Ayah...
disaat engkau menikahi ibu
sudah engkau ketahui akan bertambah tanggungjawab mu
dan engkau sedia memikulnya
engkau telah berjanji kepada ibu akan mencintai sehingga akhir hayat


Ayah .....
disaat engkau ketahui saya akan dilahirkan
Engkau sangat gembira walaupun akan bertambah lagi tanggungjawabmu
'tidak mengapa anakku kehadiranmu akan memberi ayah rezeki melimpah'


AYah....
disaat ibu melahirkan saya...
engkau berikan ibu kekuatan 
apabila engkau melihat wajah anakmu ini lahir 
engkau tersenyum riang walau kau tahu amanah daripada YANG ESA bertambah


AYah....
kau titipan doa buat saya dan ibu 
supaya menjadi insan cemerlang dunia akhirat
moga segala titipan doa ITU  akan diterima


AYah....
Pengorbanan mu besar
tak terhitung dek jari 10 ku ini
tak terhitung bilangannya
tak ternilai dek budi ku


moga ayah mendapat rahmat Allah S.W.T
Dan ayah menjadi insan cemerlang dunia akhirat


amin.........


dedikasi buat ayah tercinta
ENCIK ABU ZAHIT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan