Rabu, 14 Disember 2011

Rindu itu datang lagi

Assalamulaikum...
rindu itu datang lagi menerjah lubuk hati yang sedang berkecemuk dengan debaran menanti sebuah keputusan usaha ku
hati ku terkenang akan kenangan lalu diwaktu ibu masih di mukabumi ini menemani setiap gerak aku
titisan airmata mengalir dikala kenangan itu datang
kenangan bersama  rakan-rakan sekolah rendah yang sungguh mengasyikkan tiada kegilaan terhadap lelaki hanya tertumpu kepada sebuah hiburan hanya mahu sebuah keseronokkan luar biasa
bagiku ketika itu kawan merupakan segala-galanya
aku dapat rasa bahawa tanpa kawan kehidupan ini pasti tidak menyeronokkan

Itu hanya lah sebuah kenangan yang tersimpan kukuh didalam satu tempat yang istimewa di hati ku
Sekarang kenangan itu bukan filem yang boleh  di ulang tayang berpuluh kali
dan kenangan juga bukan sebuah filem yang boleh mengutip berjuta-juta ringgit hasil tontonan
kenangan merupakan sebuah elemen yang harus ada dalam setiap lubuk hati setiap orang
simpan lah kenangan itu sekukuh-kukuhnya
pagari kenangan itu dengan sebuah kesedaran
senyumlah bila mengingati kenangan itu walaupun kenangan itu sungguh pahit untuk dikenang

Akhirnya....
Kenangan merupakan keseronokan yang tiada bandingnya
kita pasti tersenyum ,malu dan menangis bila mengingati kenangan
carilah kenangan yang terindah di masa masih muda ini
yang bisa buat kita tersenyum dikala mengenang nya di waktu-waktu emas nanti
bisa diceritakan kepada anak cucu kita nanti

Assalamulaikum................




Tiada ulasan:

Catat Ulasan