Jumaat, 21 Oktober 2011

Terima kasih Ustaz

Assalamulaikum....
Terima kasih uStaz ....

Terima kasih ustaz mengajar kami selama ini
terima kasih ustaz mendidik kami ilmu agama
terima kasih ustaz kerana sudi menjadi imam solat hajat kami
terima kasih ustaz kerana sudi menjaga hal ehwal kami
terima kasih kerana sudi memberi nasihat agama kepada kami

Ustaz sungguh istimewa di hati kami semua
kerana ustaz terlampau berharga bagaikan permata di lautan dalam

Ilmu didada tak pernah lokek untuk dikongsi
memberi pengajaran kepada bahawa pentingnya solat dalam kehidupan
memberi kami sebuah definisi baru dalam memperkukuhkan iman didada

Tazkirah terakhir mu pagi tadi memberi impak kepada kami
Ustaz masih memberi ingatan kepada kami

Ustaz semakin jauh ustaz pergi daripada kami
semakin kuat ingatan kami kepada ustaz
semakin rindu kami kepada ustaz

bagaikan ada tanda tanya didalam hati
mengapa harus  cepat masa berjalan
mengapa harus ustaz meninggalkan kami

Ustaz deraian air mata mengiringi perpisahan kita
kerana kami terlampau sayang dengan ustaz

Ya Allah semoga insan ini mendapat rahmat mu
semoga insan ini memperolehi ganjaran syurga mu
Ya Allah panjangkan lah pertemuan kami denganya
Ya Allah bukakan lah segala pintu rahmatmu kepada ny
Ya Allah sesungguh nya kami sangat menyayangi insan ini
Berikanlah keberkatan mu itu kepada nya
Amin ya rabilalmin.....

T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H -----------------------> U.S.T.A.Z.M.U.H.A.M.E.D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan